Sambutan Kelas Mengaji Al-Quran Jom Rewang Amat Menggalakkan
Kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak yang dianjurkan oleh Jom Rewang Tmn Sri Serdang telah dimulakan pada hari Jumaat 2/4/2010 dengan tiga orang pelajar. Guru Al-Quran yang diundang untuk mengajar kanak-kanak ini ialah sdr. Abdullah Sani, seorang OKU dan pesara tentera.
Hari ini bilangan pelajar yang mengikuti kelas ini ialah seramai 17 orang yang menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan walaupun kelas hanya dimulakan tidak sampai satu bulan. Syabas diucapkan kepada AJK Jom Rewang dan sdr. Abdullah Sani yang telah memperolihi kepercayaan daripada ibu bapa penduduk kawasan sekitar Balai Jom Rewang untuk menghantar anak-anak mereka belajar mengaji di Balai ini.